Seminggu bersama Pakcik Tupperware
Assalamualaikum...
Paksu nak cerita tentang pengalaman seminggu meluangkan masa dengan Pakcik Tupperware, dan ini adalah pertemuan kali pertama kami berdua
Paksu dari rumah makan meggi jer sebelum naik bas dari Ipoh dan dijemput oleh Pakcik dan kawannya di TBS...bila Paksu diorang dah jemput Paksu naik kereta...memang rasa excited gila sebab dapat jumpa Pakcik...sebab sebelum jumpa pon Pakcik memang dah selalu tolong Paksu walaupun masih tak kenal dan tak pernah jumpa lagi...lepas tu bila pertama kali jumpa Pakcik terus belanja Paksu makan di Seoul Garden
Dan untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama juga Paksu bersantapan di Seoul Garden, memang dah lama teringin nak makan di sini, sebab Paksu memang jenis pantang kalau dapat makan banyak2 ni hahahaha, maklumlah orang kata jakon sikit kalau dapat merasa benda baru ni.
Kalau nak cerita hari pertama pon rasanya panjang sangat ceritanya...kita bersambung di lain hari...cerita yang bersambung ni sebenarnya sebelum Paksu dengan Pakcik pergi makan di Seoul Garden ni...hahaha ok kita bersambung
_________________________________________________________
Assalamualaikum...
Sebenarnya sebelum Paksu pergi makan dengan pakcik di Seoul Garden, Paksu pergi ke Stokis Tupperware dulu di Kuchai Lama
Sampai2 di Stokis Tupperware Kuchai Lama ni, Pakcik dengan tanpa membuang masa terus mengajar paksu bagaimana cara mendaftar rekrut baru, memang kalau kita lihat orang yang berjaya dia memang isikan masa dia dengan aktiviti tanpa menghulur sedikit waktu
Memang paksu terkejut dengan cara jalan kerja pakcik, memang sebijik dengan apa yang paksu inginkan, cara kerja dia memang cekap, kemas, teratur dan laju, memang terserlah dengan cara kerja orang lama, memang paksu tak boleh lawan dengan cara kerja dia.
Sambil-sambil tengah belajar macam mana nak daftar ahli Tupperware, kami berdua pon mengambil kesempatan untuk mengambil gambar semasa di dalam stokis dengan menggunakan barang yang ada alam stokis, pakcik kata kita jangan sesekali bazirkan masa kita setiap masa, gunakan kesempatan dengan sebaiknya, dan kami pun tanpa membuang masa ambilah gambar.
Kami punya pemikiran boleh dikatakan 80% sama, apa yang kami inginkan dalam hidup, apa yang kami suka makan, lagu apa yang kami sukakan, gaya kami, gaya tangkap gambar, apa yang kami fikirkan contohnya bila ada orang bagi soalan, jawapan kami comfirm lebih kurang sama. Senang cerita kami punya chemistry memang betul2 kuat, umpama kami ni kembar.
Cuba korang bayangkan dalam dunia ni ada orang pemikiran dia yang betul-betul nak dikatakan sama dengan orang tu, memang mustahil kita boleh jumpa dengan orang yang sama pemikiran dengan kita, kebahagian paksu memang tidak dapat diungkap bila bertemu dengan pakcik ni. Memang paksu sendiri rasa yang diri paksu ni dah dapat apa yang semua paksu nak dalam hidup bila paksu berjumpa dengan pakcik ni, semua hala tuju paksu, paksu dah jumpa.
Kalau boleh paksu memang nak sangat-sangat kehidupan seperti pakcik ni, paksu tau pakcik ni seorang yang telah berjaya dalam kehidupannya, tapi dia masih rendah diri, suka bantu orang yang nak berjaya, tidak lupakan kepada family dia, dan macam-macam lagi kebaikan dalam diri dia yang ramai tak ada.
Ramai orang yang ingatkan kehidupan pakcik ni mudah sebab ada kewangan yang stabil, tapi apabila korang tau kehidupan pakcik ni kehidupan dia sangatlah sibuk mencari duit, paksu yakin kalau orang yang biasa macam kita takkan dapat mampu tandingi kegigihan pakcik ni dalam mencari wang.
Sebelum jumpa dengan pakcik ni paksu memang dah dapat agak kehidupan dia macam mana, maksud paksu, paksu tau kehidupan dia sangat gigih dalam mencari wang, jadi setiap kali paksu berkomunikasi dengan pakcik menggunakan aplikasi whatsapp, mesti paksu akan suruh dia berehat sebab paksu tau pakcik memang sangat penat dalam mencari wang.
Tapi bila paksu dah berjaya melihat kehidupan dia, paksu yakin dia ni 1 dalam 10 000 orang seperti pakcik ni, kalau kita insan biasa memang takkan dapat ikut jejak langkah pakcik ni dalam mencari wang.
Tapi pakcik ni suka bagi belanja paksu seperti baju, makanan, beg dan macam2 lagi, tapi kalau boleh paksu taknak terima semua tu sebab paksu tau betapa gigihnya pakcik dalam mencari wang dan paksu taknak semudah begitu nak menerima pemberian daripada pakcik.
Tetapi itulah, paksu sendiri pun susah untuk ungkapkan betapa bahagia paksu dapat bertemu dengan orang yang selama ini paksu cari, bagi paksu dialah insan yang paling terbaik yang paksu pernah jumpa dalam hidup paksu dan paksu yakin yang paksu takkan jumpa insan yang super hebat seperti pakcik ni
Terima Kasih pakcik kerana anggap paksu seperti anak pakcik sendiri, you are the best person i met in my life, and thank you because come into my life
Comments
Post a Comment