Posts

Showing posts from December, 2020

Seminggu bersama Pakcik Tupperware

Image
 Assalamualaikum... Paksu nak cerita tentang pengalaman seminggu meluangkan masa dengan Pakcik Tupperware, dan ini adalah pertemuan kali pertama kami berdua Paksu dari rumah makan meggi jer sebelum naik bas dari Ipoh dan dijemput oleh Pakcik dan kawannya di TBS...bila Paksu diorang dah jemput Paksu naik kereta...memang rasa excited gila sebab dapat jumpa Pakcik...sebab sebelum jumpa pon Pakcik memang dah selalu tolong Paksu walaupun masih tak kenal dan tak pernah jumpa lagi...lepas tu bila pertama kali jumpa Pakcik terus belanja Paksu makan di Seoul Garden Dan untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama juga Paksu bersantapan di Seoul Garden, memang dah lama teringin nak makan di sini, sebab Paksu memang jenis pantang kalau dapat makan banyak2 ni hahahaha, maklumlah orang kata jakon sikit kalau dapat merasa benda baru ni. Kalau nak cerita hari pertama pon rasanya panjang sangat ceritanya...kita bersambung di lain hari...cerita yang bersambung ni sebenarnya sebelum Paksu dengan Pa...

Syamsul Azdan Blogger

Image
  Kehidupan Syamsul Azdan Nama diberi Syamsul Azdan Bin Aminudin, lahir di Hospital Besar Ipoh dan juga menetap di ipoh. Sepanjang kehidupan saya, inilah kali pertama saya mempelajari untuk membuat blogger. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kerana saya memang betul-betul ingin mengubah cara kehidupan saya yang agak sederhana kepada kehidupan yang lebih selesa seperti apa yang saya impikan, saya yakin bukanlah hanya saya seorang sahaja ingin kehidupan yang selesa, malah semuo orang inginkan. Tapi sejauh manakah keinginan kita ingin mengubah cara hidup kita, adakah dengan cara hanya membuat benda yang sama setiap hari?, setiap orang ada keinginan untuk berjaya, hidup mewah, nak banggakan keluarga, nak ada kereta mewah, nak pergi haji@umrah, dan pelbagai lagi yang kita inginkan unttuk kita capai dalam kehidupan kita, tapi mampukah kita capai kesemua benda itu kalau diri kita sendiri taknak mengubah cara kehidupan kita seharian yang asyik buat benda sama...